
Oh! Tidak
Buang Bayi Dalam Sungai, Pasangan Kekasih Ditahan
Oleh
Dua suspek telah ditahan dipercayai membuang seorang bayi perempuan ke dalam sungai di Kampung Melayu Pandan, Johor. Astagfirullahalazim, apa nak jadi dengan dunia sekarang?
BACA: Pelajar IPT Ditahan, Disyaki Buang Bayi Yang Dibalut Dengan Beg Plastik Hitam
Kedua-dua suspek dipercayai pasangan kekasih berusia 27 dan 28 tahun telah ditahan jam 1 tengah hari semalam.
Buang dalam parit

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr. Mohd. Roslan Mohd. Tahir memaklumkan hasil siasatan mendapati suspek merupakan ibu bapa kepada bayi berkenaan.
Polis mengesan beberapa gambar dan satu rakaman video tular yang menunjukkan penemuan seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam sebuah parit di Kampung Melayu Pandan, di sini. – Roslan
Pihak polis telah menerima aduan daripada seorang wanita mengenai mayat bayi tersebut jam 11.50 pagi dan tindakan lanjut akan diambil terhadap ibu bapa bayi itu.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
