Connect with us

Oh! Media

“Boleh Dihalau Kalau Tak Buat Ujian RTK-Ag Dalam Masa 24 Jam” – KJ

rtk-ag

Trending

“Boleh Dihalau Kalau Tak Buat Ujian RTK-Ag Dalam Masa 24 Jam” – KJ

Mulai 1 April ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan memberi muka kepada pelancong yang datang ke Malaysia dan tidak melakukan ujian RTK-Ag profesional Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: KJ Harap Najib Bayar Kompaun Yang Belum Setel, KKM Dah Denda Lim Kit Siang

Menerusi laporan Awani, Khairy Jamalauddin, Menteri Kesihatan mengatakan tindakan ‘menghalau’ boleh dikenakan terhadap pelancong yang tidak melakukan ujian tersebut dalam tempoh 24 jam.

Status MySejahtera akan bertukar merah

rtk-ag

Status aplikasi MySejahtera pelancong juga akan bertukar merah dan tidak boleh memasuki mana-mana kedai di Malaysia.

Ujian RTK-Ag itu mesti dibuat secara profesional sebab ia dimasukkan dalam MySejahtera. Hanya makmal bertauliah sahaja boleh buat dan masukkan dalam MySejahtera.

Kalau mereka tak buat status mereka akan bertukar kepada merah dan tak boleh masuk ke kedai makan. Yang paling pentingnya mereka telah lakukan kesalahan dan boleh diusir keluar dari negara.

Walaupun sebelum ini Khairy menyatakan pelancong atau warganegara yang memasuki Malaysia tidak perlu melakukan ujian saringan Covid-19 secara serta-merta di pintu masuk negara, tetapi mereka masih perlu menjalani ujian saringan ini dalam tempoh 24 selepas memasuki negara Malaysia.

Semoga perkara ini jelas buat semua pelancong dan mereka yang dari luar negara mahu memasuki Malaysia. Sama-sama kita banteras Covid-19 dan lakukan yang terbaik untuk mengelakkan penularan yang lebih dahsyat.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas