Oh! Negara
KJ Harap Najib Bayar Kompaun Yang Belum Setel, KKM Dah Denda Lim Kit Siang
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan supaya ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang cepat sembuh selepas dia disahkan positif Covid-19.
Dalam hantaran di Facebook itu, Najib turut mempersoalkan mengapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mendenda Kit Siang yang dilihat berpelukan ketika Kongres DAP hujung minggu lalu.
Terbaru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di Twitter berkata KKM sudah mengeluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang.
Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ turut berharap Najib membayar satu kompaun yang masih belum diselesaikan ketika PRN Johor baru-baru ini.
Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle. KKM juga harap @NajibRazak menerima 4 lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini. https://t.co/6wS3eO3lOK pic.twitter.com/xXFql3u8Io
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 22, 2022
Beliau mewakili KKM turut berharap ahli Parlimen Pekan itu menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang enggan diterima pegawainya sebelum ini.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook, Najib berkata dia akan membayar lima kompaun yang dikenakan terhadapnya itu.
Kredit: Facebook Najib Razak | Twitter Khairy Jamaluddin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM