Connect with us

Oh! Media

BKM Peruntuk RM8.2 Bilion Untuk Tahun Ini

Trending

BKM Peruntuk RM8.2 Bilion Untuk Tahun Ini

Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun ini.

ADVERTISEMENT

BACA : “Bantuan Kewangan Akan Terus Berjalan” – Tengku Zafrul

Menurut laporan Berita Harian, bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion dan jumlah itu juga dikatakan meningkat berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun lepas.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Ini bermakna bagi sesiapa yang mendapat BPR sebelum ini, data korang akan masuk secara automatik ke sistem BKM tanpa membuat permohonan.

Bagi penerima sedia ada yang ingin mendaftar atau mengemaskini BKM, tempohnya adalah daripada 1 Januari sehingga 31 Januari ini yang boleh dilakukan secara atas talian.

Apapun, semoga usaha kerajaan ini serba sedikit dapat membantu bagi golongan yang memerlukan diluar sana bagi menampung perbelanjaan harian. Semoga wabak ini akan berakhir dengan cepat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas