Connect with us

Oh! Media

Biskut Hup Seng Selamat Untuk Dimakan

biskut hup seng

Trending

Biskut Hup Seng Selamat Untuk Dimakan

Baru-baru ini, Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) telah mendakwa biskut Hup Seng mempunyai unsur yang boleh menyebabkan kanser dalam kandungannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Kekasih Jual Kek Dan Biskut Yang Mengandungi Dadah?

Syarikat Hup Seng bagaimanapun telah mengeluarkan satu statement melalui Facebook rasminya mengenai tuduhan HKCC terhadap kandungan dalam biskut Cream Crackers.

Selamat dimakan

biskut hup seng
Foto: Facebook Hup Seng

Syarikat tersebut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua atas laporan HKCC tentang produknya.

Semenjak tahun 1958, sebagai pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosial, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami

Kami ingin memaklumkan bahawa “Special Cream Cracker” yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat dimakan dan selaras dengan regulasi tempatan, standard kualiti dan standard keselamatan makanan. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam penyiasatan sekiranya diperlukan.

Syarikat Hup Seng turut berterima kasih kepada mereka yang menjadi pelanggan setia dan pekerja yang sentiasa memberikan sokongan berterusan.

Menurut Gempak, produk keluaran Hup Seng telah tersenarai dalam 60 sampel biskut dan keropok yang mengandungi elemen yang mengakibatkan kanser seperti glycidol atau acrylamide.

HKCC juga menyatakan bahawa 40 peratus produk yang diuji mengandungi nutrisi yang mengelirukan.

Kredit: Gempak, Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas