Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Berjaya Tewaskan 7 Pembida Harta Abang Sajat Dengan Nilai RM132,000

Ohmedia rumah sajat

Oh! Artis

Seorang Lelaki Berjaya Tewaskan 7 Pembida Harta Abang Sajat Dengan Nilai RM132,000

Sebentar tadi baru sahaja selesai proses lelongan rumah dan barangan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. Antara barangan yang turut dilelong adalah barangan dapur, set perabot ruang tamu, set perabot bilik tidur.

BACA: Ini Sebab Kenapa Rumah Dilelong Dan Aset Muhammad Sajjad Dirampas Mahkamah Tinggi

Proses bida ini disertai 8 orang dan berkurang kepada tiga pembida selepas enam kali bidaan dilakukan. Seorang lelaki akhirnya berjaya membida semua lelongan yang dilakukan pada harga terakhir iaitu RM132,000.

IKLAN
Pembida

Pembida difahamkan perlu membawa RM5,000 sebagai deposit sebelum membida.

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita yang dikenali sebagai Linda berasa kecewa apabila tidak berjaya menyertai bidaan kerana proses pendaftaran sudahpun ditutup.

Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.

Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup.

Proses seterusnya, peguam perlu menunggu dan mengesahkan pembayaran penuh dari pembida dan barulah semua barangan dibida jadi hak milik tuan baharu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas