Connect with us

Oh! Media

Berdepan Empat Pertuduhan, Syed Saddiq Diminta Bela Diri

Trending

Berdepan Empat Pertuduhan, Syed Saddiq Diminta Bela Diri

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah dana bernilai RM1 juta milik sebuah parti politik.

ADVERTISEMENT

BACA: Bebas Atau Bela Diri? Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Keputusan itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid yang turut memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar itu untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan menyalahgunakan harta RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Dalam pada itu, Syed Saddiq, 29, juga diarah untuk membela diri terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan wang bernilai RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Keputusan itu dibuat Hakim Azhar selepas beliau berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah menetapkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk membela diri bermula 22 Februari tahun depan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas