Connect with us

Oh! Media

“Belum Pernah Dalam Sejarah Negara Hakim Terima Ancaman” – Rais Yatim Minta PDRM Siasat Isu Hakim Negara Diancam Bunuh

Oh! Tidak

“Belum Pernah Dalam Sejarah Negara Hakim Terima Ancaman” – Rais Yatim Minta PDRM Siasat Isu Hakim Negara Diancam Bunuh

Semalam kecoh apabila peguam bela kepada Datuk Seri Najib, Hisyam Teh Poh Teik ingin menarik diri daripada meneruskan pembelaan terhadap bekas Perdana Menteri itu atas faktor tidak mempunyai cukup masa membuat persiapan.

ADVERTISEMENT

BACA: Muatnaik ‘Quotes’ Di IG Story, Anak Najib Pertikai Keputusan Mahkamah?

Walaubagaimanpun, permohonan itu ditolak Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ketua Hakim Negara terima ancaman?

Namun, difahamkan beberapa pihak yang dipercayai merupakan penyokong tegar Datuk Seri Najib seakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan dibuat Ketua Tengku Maimun sepanjang berlangsungnya kes perbicaraan bekas Perdana Menteri itu.

Sehinggakan mereka meminta agar Tengku Maimun untuk menarik diri daripada mengetuai kes perbicaraan Datuk Seri Najib.

Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang berani memberikan ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara itu.

Tan Sri Dato’ Dr Rais Yatim minta polis siasat

Perkara ini turut mendapat perhatian Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menerusi satu ciapannya di Twitter berhubung perkara ini.

Menerusi ciapannya itu, dia terkejut dengan berita yang mengatakan terdapat pihak yang memberikan ancaman kepada hakim negara.

Berita tentang adanya pihak mengugut Hakim amat menggerunkan. Tak pernah dalam sejarah negara ini gertak dn ancaman dihalakan kepada hakim walaupun dalam kes-kes tali gantung.

Bukan itu sahaja, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu juga meminta agar pihak polis untuk bertindak dengan cepat bagi menyelesaikan perkara ini.

Yang berlaku kini sudah melampau. PDRM mesti bertindak habis-habisan.

Harap-harap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Berat ancaman dan ugutan yang diterima Ketua Hakim Negara tu.

Kredit: Twitter RAISYATIM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas