Connect with us

Oh! Media

“Bella Dicili, Dijirus Air Panas, Diikat” – Saksi Pendakwaan Siti Bainun

siti bainun

Trending

“Bella Dicili, Dijirus Air Panas, Diikat” – Saksi Pendakwaan Siti Bainun

Saksi bagi pendakwaan pertama dalam kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang telah didakwa atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya Bella, seorang kanak-kanak Sindrom Down menyatakan bahawa mangsa ada memberitahu dia dicili, dijirus air panas dan diikat.

ADVERTISEMENT

BACA: Siti Bainun Didakwa Sekali lagi, Aniaya Remaja Perempuan Sindrom Down?

Menerusi laporan Kosmo, kenyataan tersebut telah dikatakan oleh Bella semasa saksi, Zurianty Sudin bersama dengan Bella pada bulan Jun 2021, dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siti Bainun tak pernah tanya keadaan Bella

Siti Bainun charged with neglecting down-syndrome child

Saksi dan Bella telah menuju ke hospital selepas melihat keadaan Bella yang mengalami kecederaan.

Semasa dalam ambulans ke HKL, saya ada bertanya kepada Bella apa yang jadi, Bella yang mengatakan dia di ‘cili’ dijirus air panas dan kena ikat.

Saksi juga mengatakan sepanjang keberadaan Bella di hospital, Bainun tidak pernah menanyakan khabar Bella dan hanya mempersoalkan kenapa anak-anak angkatnya diambil dan dihantar ke pusat kuarantin di Maeps Serdang pada waktu itu.

Semasa saksi ditanya akan hubungan Bella dan Bainun, saksi menyatakan hubungan mereka pada mulanya sangat baik kerana Siti Bainun nampak sangat menyayangi Bella.

Siti Bainun pandai ambil hati Bella apabila suka membeli barangan solekan dan baju baru…namun pada Ogos 2020, saya mula lihat mereka tidak berapa mesra selepas Siti Bainun enggan membawa Bella berjalan ke Kuala Selangor untuk ke rumah abang ipar Siti Bainun.

Alasan Bainun pada waktu itu untuk tidak membawa Bella adalah kerana kanak-kanak itu dikatakan suka buat perangai dan degil.

Semoga kes ini dapat segera diselesaikan dan pihak yang bersalah akan menerima hukuman yang sewajarnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas