Connect with us

Oh! Media

“Beli Kebab Tepi Jalan, Nak Makan Masa Berbuka Tu Terkejut Tengok..”

Trending

“Beli Kebab Tepi Jalan, Nak Makan Masa Berbuka Tu Terkejut Tengok..”

Dah menjadi kebiasaan di bulan Ramadan, memang banyak gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

ADVERTISEMENT

Bagi yang malas nak bersesak di bazar Ramadan, ada yang memilih untuk beli di gerai tepi jalan je. Tapi apa yang mengecewakan apabila makanan yang dibeli tidak seperti yang dibayangkan.

BACA: “Dah Tahu Salah Buat Pun Masih Dijual” – Netizen Bengang Peniaga Jual Roti John Rentung

Seperti perkongsian wanita ini di TikTok, dia meluahkan rasa terkejut apabila kebab yang dibelinya diperbuat daripada roti putih biasa.

@kyramali kena scam 🥺😢 beli kebab tepi jalan. nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je. nasib inti sedap 😂 #puasa #moreh #scam #kebab #terengganu #ramadan ♬ Oh No – Kreepa

Difahamkan kebab tersebut memang dah siap dibalut dan adiknya beli 2 dengan harga RM2.50 satu. Nasib baiklah inti memang sedap cuma roti sahaja yang buat ‘spoil’.

Aduhai memang tak pernah dibuat orang. Tak baiklah aniaya pembeli macam ni kan? Nasiblah sedap.

Kredit: TikTok @kyramali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas