Connect with us

Oh! Media

Bekas Pekerja Dakwa 10 Tahun Tak Terima Gaji, GISBH Kena Bayar RM23,100

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

Bekas Pekerja Dakwa 10 Tahun Tak Terima Gaji, GISBH Kena Bayar RM23,100

Seorang bekas pekerja Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) mendakwa tidak pernah menerima gaji sepanjang 10 tahun bekerja dengan syarikat itu.

Menurut laporan Buletin Utama, pada awalnya syarikat menggunakan sistem pembayaran mingguan antara RM50 hingga RM100.

Itu yang saya ingatlah waktu tu, sampai 2013 macam tu. Lepas itu 2014, saya sudah mula bekerja sepenuh masa, tiada gaji. Maknanya ia cuma beri makan minum dan tempat tinggal.- Katanya.

Bekas pekerja itu juga mendakwa terdapat ramai lagi pekerja lain yang menerima nasib sama. Akhirnya, beliau berhenti kerja dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Buruh.

IKLAN

Pada 8 September lalu, mahkamah memerintahkan GISBH membayar RM23,100 sebagai sebahagian daripada tuntutan bekas pekerja itu.

Syarikat GISBH kini berdepan pelbagai dakwaan termasuk eksploitasi dan penderaan kanak-kanak. Dalam operasi khas Op Global, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal yang dikendalikan oleh syarikat tersebut.

Seramai 171 kakitangan, termasuk pengurus dan ustaz di rumah amal itu, turut ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata polis mengesyaki kumpulan itu terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang dan kesalahan lain berdasarkan maklumat dan siasatan yang dijalankan.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas