Connect with us

Oh! Media

Bayi Baru Lahir Dibuang Di Belakang Rumah, Didakwa Hasil Hubungan Haram Kakak Dan Adik Lelaki

Ohmedia buang Bayi

Oh! Tidak

Bayi Baru Lahir Dibuang Di Belakang Rumah, Didakwa Hasil Hubungan Haram Kakak Dan Adik Lelaki

Bayi lelaki ditemui di belakang rumah di Besut, polis siasat kes di bawah Seksyen 317 dan 376B Kanun Keseksaan.

Suasana tenang sebuah rumah di Besut, Terengganu bertukar cemas apabila penghuni di situ menemui seorang bayi lelaki yang masih hidup di kawasan belakang rumah mereka.

Lapor Harian Metro, bayi berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan sebelum ditinggalkan di lokasi tersebut.

Terlibat hubungan terlarang dengan keluarga sendiri

Polis

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati si ibu yang baru berusia 16 tahun melahirkan bayi itu tanpa pengetahuan sesiapa selepas terlibat dengan persetubuhan sumbang mahram.

IKLAN

Tambahnya, seorang individu yang merupakan adik kepada ibu bayi telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

Manakala remaja yang melahirkan bayi itu kini berada di hospital untuk menerima rawatan.

Siasatan menyeluruh di bawah dua seksyen undang-undang

Pdrm

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya bagi perbuatan meninggalkan bayi dengan niat membuangnya.

Sementara itu, siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dibuat bagi perbuatan perempuan dan lelaki yang tidak dibenarkan untuk berkahwin oleh hukum agama melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Pssttt! Isu keselamatan, pendidikan dan sokongan emosi kepada golongan muda perlu dipandang serius supaya kejadian seperti ini tidak berulang. Oh! Media berharap bayi ini mendapat perlindungan sewajarnya dan proses siasatan dapat dijalankan dengan penuh integriti.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas