Connect with us

Oh! Media

Baru Nikah September Lalu, Suami Maut Dirempuh Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Kemalangan

Kemalangan Maut

Oh! Tidak

Baru Nikah September Lalu, Suami Maut Dirempuh Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Kemalangan

Syawal kali ini sepatutnya menjadi kenangan manis buat pasangan baharu berkahwin, namun takdir berkata sebaliknya.

Dalam satu insiden menyayat hati di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, seorang lelaki maut selepas dirempuh kereta ketika cuba membantu mangsa kemalangan motosikal.

Lelaki maut dirempuh ketika bantu mangsa kemalangan

Kemalangan

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kejadian berlaku sekitar jam 2.10 pagi melibatkan seorang penunggang motosikal warga Myanmar berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terbabas sendiri.

IKLAN

Mohd Taufik Ariff Sariff yang kebetulan melalui kawasan tersebut bersama isterinya, berhenti untuk menghulurkan bantuan.

Malangnya, ketika beliau sedang membantu, sebuah kereta jenis BMW datang meluncur laju dan merempuhnya hingga menyebabkan kecederaan parah.

Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian datang membantu penunggang motosikal itu dengan menjaga mangsa daripada lalu lintas, sebelum datang sebuah kereta jenis BMW dan melanggarnya pula.

Apa yang lebih menyayat hati, isteri kepada mangsa, Suhaidah Yusof menyaksikan sendiri tragedi itu. Dia masih dalam keadaan trauma dan tidak menyangka Ramadan kali ini menjadi detik terakhir bersama suami tercinta.

Hanya sempat jadi suami 7 bulan

Kemalangan

Ketika itu, saya memandu kereta dan kami ternampak ada serpihan motosikal yang kemalangan. Saya kemudian parkir kereta di tepi jalan sebab suami kata hendak pergi menolong mangsa.

Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dan sepatutnya meraikan Aidilfitri buat pertama kali sebagai suami isteri.

Suami baru saja turun dari kereta untuk membantu mangsa kemalangan tetapi tiba-tiba, saya dengar bunyi dentuman sebelum orang ramai memberitahu yang suami dilanggar kenderaan.

Katanya, Syawal kali ini adalah tahun pertama mereka meraikannya sebagai pasangan suami isteri. Mereka berkenalan selama dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas