Connect with us

Oh! Media

Baru Nak Ikat Tali Kasut, Remaja Lelaki Dicabul Dari Belakang Dalam Tandas

20230606 113531 0000

Oh! Tidak

Baru Nak Ikat Tali Kasut, Remaja Lelaki Dicabul Dari Belakang Dalam Tandas

Baru-baru ini, satu berita tular di media sosial tentang seorang remaja lelaki dicabul di sebuah tandas pusat beli belah di Cheras, semalam.

BACA: Lelaki ‘Gatal’ Tunjuk Kemaluan Dan Cuba Cabul Beberapa Wanita Dicekup Dalam Kilang 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memaklumkan kejadian itu terjadi ketika remaja tersebut mengikat tali kasut.

IKLAN

Dicabul dari belakang

Dicabul

Beliau memberitahu suspek yang turut berada dalam tandas memeluk dan meraba mangsa dari belakang selain memegang punggung dan mencium pipi secara tiba-tiba.

Pengadu yang panik dan terkejut dengan tindakan suspek bertindak keluar dari tandas. Suspek mengikut dari arah belakang bertindak memegang kemaluan pengadu.

Mangsa kemudian berlari ke arah ibu untuk mengadu menyebabkan suspek melarikan diri.

Suspek kini telah ditahan reman selama lima hari dan bakal disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas