Connect with us

Oh! Media

Lelaki ‘Gatal’ Tunjuk Kemaluan Dan Cuba Cabul Beberapa Wanita Dicekup Dalam Kilang 

Oh! Tidak

Lelaki ‘Gatal’ Tunjuk Kemaluan Dan Cuba Cabul Beberapa Wanita Dicekup Dalam Kilang 

Seorang lelaki didakwa cuba cabul beberapa wanita dan melakukan kelucahan melampau apabila tunjuk kemaluannya pada mangsa. Kurang ajar betul!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, suspek hang berusia 20-an itu bagaimanapun telah ditahan di sebuah kilang di Jalan Batu Kawa tengah hari semalam.

Tangkapan tersebut berjaya dilaksanakan hasil dari maklumat orang awam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Setakat ini, polis menerima sebanyak enam laporan kejadian mangsa cuba dicabul kehormatan dan tindakan suspek melakukan kelucahan melampau.

Suspek mengekori mangsa dan apabila tiba di kawasan sunyi, suspek mengambil kesempatan menunjukkan kemaluannya.

Polis juga telah rampas dua topi keledar, pakaian dan sebuah motosikal dipercayai milik suspek. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan suspek direman di Mahkamah Kuching untuk siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas