Connect with us

Oh! Media

pusat asuhan

Oh! Tidak

Baru Dua Jam Hantar Ke Pusat Asuhan, Bapa Dapat Berita Bayi 3 Bulan Dah Tak Bernyawa

Bukan satu kes tapi dah terlalu banyak kes kejadian macam ni berlaku. Kejadian kali ini berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam di mana seorang bayi lelaki yang baru sahaja berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia.

Kes ini disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang menerima laporan daripada bapa mangsa pada 2.31 petang Isnin.

IKLAN

Bapa baru pertama kali hantar anak ke pusat asuhan…

Siasatan mendapati mangsa dihantar kali pertama oleh bapanya ke pusat asuhan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dimaklumkan pengurus pusat berkenaan bahawa anaknya tidak sedarkan diri pada jam 10.30 pagi.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.

Tiada sebarang kecedaran dikesan…

Setakat ini, pemeriksaan yang dilakukan mendapat tiada sebarang kecedaraan luaran mahupun dalaman pada mangsa.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Jika ada sebarang maklumat untuk membantu siasatan, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas