Connect with us

Oh! Media

Bapa Kepada 3 Orang Anak Tergamak Rakam Video Ketika Perkosa Anak Saudara Berusia 7 Tahun

anak saudara

Oh! Tidak

Bapa Kepada 3 Orang Anak Tergamak Rakam Video Ketika Perkosa Anak Saudara Berusia 7 Tahun

Seorang bapa kepada tiga orang anak sanggup ratah anak saudara sendiri? Lebih hina lagi apabila perbuatan itu dilakukan ke atas kanak-kanak perempuan yang baru sahaja berusia 7 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Dan Anak Tiri Didakwa Rogol Remaja Perempuan Dalam Kereta Selang Sejam

Memetik laporan mStar, tertuduh pernah bekerja sebagai mekanik kapal berusia 41 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu merogol, merakam perbuatan seksual, amang seksual fizikal dan memiliki pornografi kanak-kanak.

anak saudara

Pertuduhan pertama…

Tertuduh didakwa merogol mangsa lima tahun lalu ketika berusia 7 tahun di sebuah rumah di Johor Bahru pada 1 Ogos 2018 pada jam 1.30 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pertuduhan kedua…

Tertuduh juga didapati merakam perbuatan merogol mangsa pada hari sama dengan tujuan membuat bahan pornografi.

Kesalah ini mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Hukuman maksimum 30 tahun dan enam sebatan.

Pertuduhan ketiga…

Tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak terbabit. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) akta sama bagi pertuduhan kedua. Jika bersalah boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pertuduhan keempat…

Tertuduh juga didakwa memilik pendrive yang menyimpan video dan gambar pornografi mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 10 akta sama bagi pertuduhan kedua dan ketiga. Jika bersalah boleh dipenjara maksimum 5 tahun dan denda RM10,000.

Dia dibenarkan diikat jamin RM8,000 bagi semua pertuduhan namun diberikan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa dan saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta lapor diri di balai polis sebulan sekali.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas