Connect with us

Oh! Media

Bapa Durjana Punca Anak 15 Tahun Hamil, Tergamak Jadikan Dua Orang Anak Kandung Hamba Seks

hamba seks bapa durjana ohmedia

Oh! Tidak

Bapa Durjana Punca Anak 15 Tahun Hamil, Tergamak Jadikan Dua Orang Anak Kandung Hamba Seks

Semakin banyak pula kes bapa durjana macam ni berlaku dalam negara kita. Kes ini terbongkar selepas hasil pemeriksaan kesihatan seorang remaja berusia 15 tahun di hospital yang mengadu sakit dada sebenarnya sedang hamil.

BACA: Rogol Anak Kandung, Juruteknik Kilang Mengaku Tidak Bersalah

Segalanya terbongkar dan mendapati seorang bapa durjana sanggup menjadikan dua orang anak kandungnya sebagai tempat lepas nafsu.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz turut mengesahkan kes ini dan telah menahan suspek semalam.

Bapa durjana rogol anak sendiri sejak mangsa berusia 9 tahun…

Suspek didakwa merogol salah seorang mangsa sejak mereka berusia sembilan tahun dan perbuatan keji itu dikatakan kerap kali berlaku di rumahnya.

Dua beradik itu dipercayai menjadi hamba seks bapa mereka sepanjang tempoh tersebut dan kali terakhir suspek melampias nafsunya adalah pada awal bulan ini.

Perbuatan keji suspek yang berusia 53 tahun itu dapat disorok selama ini kerana mangsa takut untuk bersuara dan memberitahu sesiapa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan jika bersalah. Suspek kini direman selama seminggu bermula 11 Julai 2023.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas