Connect with us

Oh! Media

“Ayah Baru Letak Syarat” – Bapa Tiri Hanya Mahu Ibu, Remaja Bawa Diri Ke Rumah Kebajikan

Oh! Tidak

“Ayah Baru Letak Syarat” – Bapa Tiri Hanya Mahu Ibu, Remaja Bawa Diri Ke Rumah Kebajikan

Tak dapat dibayangkan perasaan remaja 14 tahun ini apabila perlu melalui liku-liku penuh mencabar dalam hidup. Seawal belasan tahun dia terpaksa membawa diri ke rumah kebajikan selepas dihalau bapa tiri.

ADVERTISEMENT

Kisah ini diceritakan sendiri oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi satu hantaran di Facebook.

Hari ni rumah kita mencatat sejarah tersendiri. Menerima penghuni paling muda, 14 tahun untuk menumpang teduh di sana. Anak ini mangsa penceraian, ibu berkahwin lain. Pada awalnya ayah baru menerima mereka adik beradik baik-baik saja.

Tulis aktivis ini lagi, entah di mana silapnya, tiba-tiba ayah tiri berubah sikap dan mula membenci remaja itu yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

Ayah tiri meletakkan syarat tidak menerima dan tak akan bertanggungjawab di atas keperluan remaja itu walau satu sen.

Bahkan tidak membenarkan dia tinggal di rumah mereka. Cuti persekolahan. Si ibu dalam fasa menuntut cerai dengan ayah baru dan kini berada di sebuah rumah transit untuk wanita di KL.

Difahamkan remaja ini seorang pelajar pintar dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Dia tiba di rumah perlindungan Rumah Qaseh Ayah menaiki bas ekspres.

Perkongsian penuh

Kredit: Natipah Abu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas