Connect with us

Oh! Media

Awas Geng Plastik Hitam! Anda Sedang Diperhatikan JAWI

Geng plastik hitam JAWI

Trending

Awas Geng Plastik Hitam! Anda Sedang Diperhatikan JAWI

Ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan rukun islam yang ketiga. Justeru itu, ianya wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.

ADVERTISEMENT

Sungguhpun begitu, ada segelintir masyarakat yang masih tidak mengerti makna sebenar berpuasa dan tidak menggunakan peluang yang diberikan ini untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Bahkan, mereka sanggup untuk tidak berpuasa dan menjadi ‘geng plastik hitam’ dengan membeli makanan di siang hari.

BACA: Adakah Mengorek Hidung Boleh Membatalkan Puasa?

Berada dalam ‘radar’ pihak JAWI

Menurut Harian Metro, mereka yang tidak berpuasa atau lebih dikenali dengan jolokan nama ‘geng plastik hitam’ tidak akan terlepas begitu sahaja kerana mereka berada dalam ‘radar’ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Jawi akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan, terutama terhadap mereka yang bertindak ponteng puasa pada setiap tahun.

Mereka yang sengaja makan dan minum secara terang-terangan dan terbuka di khalayak ramai akan dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kesalahan Syariah.

Aktiviti penguatkuasaan ini berasaskan maklumat yang diterima daripada masyarakat awam serta aktiviti pemantauan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan.

Mereka yang ditahan boleh disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559)

Tambahnya lagi, peniaga yang didapati bersubahat dengan menjual makanan dan minuman kepada mereka yang tidak berpuasa turut tidak terlepas dari terkena hukuman. Bak kata pepatah, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

Peniaga Islam yang bersubahat menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa boleh dikenakan tindakan yang sama di bawah Seksyen 15 (Akta 559) kerana tidak menghormati Ramadan dan Seksyen 43 (Akta 559) kerana bersubahat

Bagi individu yang didapati tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai serta peniaga yang bersubahat boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali

Mereka yang ditangkap melakukan kesalahan berikut akan diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi bagi membantu siasatan.

Penulis berharap agar pembaca Oh! Media tidak mengikut menjadi ‘geng plastik hitam’ dan terus bersemangat menjalani ibadah puasa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas