Connect with us

Oh! Tidak

Awalnya Suka Sama Suka Tapi Terjeret Diri, Didakwa Merogol

Cuba bayangkan tiba-tiba korang didakwa merogol. Perhubungan yang bermula atas dasar suka sama suka, tetapi akhirnya menjerat diri dalam jenayah rogol. Itulag situasi yang kerap berlaku melibatkan kes rogol bawah umur masa kini.

Melly, 22, (bukan nama sebenar) berkongsi pengalamannya yang terjebak dalam aktiviti ini semasa masih di bangku sekolah akibat pengaruh rakan. Dia mengakui beberapa rakannya turut melalui pengalaman sama.

IKLAN

Perkara ini bermula daripada seorang, selepas itu seorang lagi buat perkara sama dan rakan saya ada yang sampai mengandung. Tapi sebab kami sudah kenal lama, jadi kami rasa ia normal.- Katanya.

Walaupun begitu, Melly menafikan dirinya seorang sugar baby dan menegaskan hubungan yang pernah berlaku adalah atas kerelaan sendiri. Dia juga mengaku kadang-kadang diberi wang oleh teman lelakinya.

Namun, aktiviti tidak bermoral itu terbongkar apabila keluarganya menemui bukti di telefon bimbitnya.

Saya ‘kantoi’ dengan keluarga. Mereka ambil telefon saya dan periksa semua mesej serta video ‘bukan-bukan’.- Kongsinya.

Ingatkan gadis dewasa, rupanya bawah umur…

Sementara itu, Epul, 30, (juga bukan nama sebenar) mendakwa dirinya tertipu oleh gadis bawah umur yang dikenali melalui media sosial.

Dari segi penampilan, gadis itu kelihatan seperti dewasa, dan sifat keterbukaannya dalam perhubungan membawa kepada hubungan seks tanpa nikah.

Memang kekok, tapi waktu itu buat apa nak rasa malu. Kami fikir hubungan ini boleh bertahan.- Katanya yang kini sudah menerima hukuman penjara dan sebatan.

Statistik menunjukkan dari Januari hingga Mei tahun ini, terdapat 496 kes rogol melibatkan kanak-kanak bawah umur 16 tahun atas dasar suka sama suka.

Negeri Selangor, Johor, dan Sabah mencatatkan kes tertinggi. Kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak menerusi media sosial juga meningkat kepada 525 kes pada tahun lalu berbanding 360 kes pada 2022.

Digitalisasi yang semakin berkembang turut memudahkan akses kepada pelaku, menyebabkan peningkatan drastik dalam kes-kes ini.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas