Connect with us

Oh! Media

ASP, Sarjan Ditahan Disyaki Samun Lelaki Tempatan Di ATM

Polis Samun

Oh! Tidak

ASP, Sarjan Ditahan Disyaki Samun Lelaki Tempatan Di ATM

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah yang dapat dikatakan apabila imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) rosak disebabkan segelintir anggota.

BACA: Pelancong ‘UK Van Lifers’ Kongsi Rakaman Polis Minta RM100 Untuk Elak Saman RM300

Terbaru, Sinar Harian melaporkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) serta seorang lagi anggota berpangkat sarjan ditahan disyaki menyamun seorang lelaki tempatan di mesin ATM pada 1 Februari lalu.

IKLAN

Polis samun dirakam CCTV

Ketua polis terengganu
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, kejadian samun itu berlaku di stesen minyak Petronas di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Pada 3 Februari, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak.

Bertindak segera, polis telah menahan suspek pertama pada hari yang sama manakala suspek kedua pada 4 Februari.

Mangsa memaklumkan bahawa dia telah dibawa oleh kedua-dua suspek ke mesin ATM Petronas Wakaf Tembesu pada 1 Februari lalu untuk mengeluarkan duitnya sebanyak RM5,000.

Hasil siasatan pihak polis melalui pengecaman gambar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua suspek itu telah dikenal pasti sebagai pegawai polis.

Kes kini disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama beberapa hari untuk membantu siasatan kes.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas