Connect with us

Oh! Media

Anggota Tentera Tumbuk Pemandu Wanita Di Senawang Ditahan

Oh! Tidak

Anggota Tentera Tumbuk Pemandu Wanita Di Senawang Ditahan

Seorang pemandu wanita mengalami detik cemas apabila ditumbuk oleh seorang lelaki yang juga anggota tentera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan anak suspek tersebut.

Kejadian yang berlaku di Jalan Persiaran Senawang 4, dekat Taipan sekitar jam 10.15 malam itu dipercayai berpunca apabila anak perempuan suspek yang sedang melintas jalan telah dilanggar oleh kereta dipandu wanita berusia 28 tahun.

IKLAN

Anak cedera ringan, ayah naik angin sampai cederakan orang…

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kejadian membabitkan dua pejalan kaki.

Menurutnya, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu wanita berkenaan tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat.

Apabila tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba pejalan kaki iaitu wanita berumur 34 tahun dan anak perempuannya berumur tujuh tahun dikatakan melintas jalan dari arah sebelah kiri jalan ke sebelah kanan.

Akibat jarak dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar pejalan kaki berkenaan.- Katanya.

Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Suspek tumbuk dan rosakkan kenderaan mangsa…

axia

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati pemandu wanita terbabit mengalami kecederaan akibat kekerasan yang digunakan oleh lelaki berusia 35 tahun itu.

Pemandu wanita mengalami lebam di bahagian rusuk sebelah kanan dan bengkak di bahagian belakang kepala selain kereta juga mengalami kerosakan.- Katanya.

Susulan itu, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban petang tadi dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khairul Aswad Mazlan di talian 011-10843873 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Katanya lagi.

#ApaKataOhmedia

Emosi memang kadang kala sukar dikawal, lebih-lebih lagi bila melibatkan orang tersayang. Namun, sebagai masyarakat yang hidup dalam undang-undang, sebaiknya kita serahkan urusan sebegini kepada pihak berkuasa. Jangan sampai tindak balas kita menyebabkan keadaan jadi lebih buruk.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas