Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Boleh Guna Kereta Peribadi Untuk Kuat Kuasa Undang-Undang

Ohmedia anggota polis zaharif maut

Oh! Tidak

Anggota Polis Boleh Guna Kereta Peribadi Untuk Kuat Kuasa Undang-Undang

15 Disember 2023, satu kejadian maut melibatkan pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi yang dirempuh anggota polis dengan kenderaan telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Kini, anggota terbabit dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh di mana perbicaraan yang masuk hari ke-23 membawa saksi pendakwaan ke-33, Asisten Superintendan S Dasarathan. Saksi kali ini berkongsi penjelasan penting tentang penggunaan kenderaan peribadi untuk bertugas.

Pegawai polis guna kenderaan peribadi? Ini penjelasannya…

Image

Menurut Dasarathan, pegawai polis dibenarkan menggunakan kenderaan peribadi untuk menguatkuasakan undang-undang.

IKLAN

Tiada arahan atau peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan kenderaan peribadi oleh pegawai polis semasa menjalankan tugas.- Katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Tambah beliau, tugas penguatkuasaan hanya dianggap selesai apabila tindakan undang-undang terhadap pesalah trafik atau jenayah telah diambil.

Motosikal mangsa melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar…

Image

BACA: Kakak Zaharif Affendi Cerita Apa Yang Terjadi Selepas Pelaku Langgar Adiknya

Hasil pemeriksaan mendapati motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang oleh Zaharif menghasilkan bunyi ekzos melebihi 100 decibel, melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar. Selepas kemalangan berlaku, tertuduh, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, didakwa cuba membantu mangsa.

Tertuduh mengangkat mangsa ke tepi jalan dan menawarkan untuk membawanya ke hospital, tetapi dihalang oleh kakak mangsa.- Jelas Dasarathan.

Mohd Nazri, 46, kini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh, yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ohmedia anggota polis zaharif maut

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas