Connect with us

Oh! Media

Anggota Bomba Lemas Hembuskan Nafas Terakhir Awal Pagi Tadi

bomba lemas

Trending

Anggota Bomba Lemas Hembuskan Nafas Terakhir Awal Pagi Tadi

Dukacita kami maklumkan anggota bomba lemas ketika sedang cuba selamatkan mangsa banjir semalam dilaporkan meninggal dunia. Arwah Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.11 pagi tadi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

ADVERTISEMENT
bomba lemas

BACA: 15 Minit Hadapi Detik Cemas, Anggota Bomba Dilaporkan Lemas Di Sungai Putat

Berita pemergian anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah ini disahkan oleh Pengarah JBPM, Melaka Abu Bakar Katain.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong pada jam 10 pagi tadi. Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita atas insiden tersebut.

Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai rebah dahulu sebelum lemas ke dalam air banjir arus deras. Air ketika itu pada ketinggian separas dada orang dewasa. Mangsa yang lemas kemudian diselamatkan kira-kira 10 minit kemudian.

Salam takziah kepada keluarga dan rakan-rakan arwah dan semoga ditempatkan bersama orang beriman.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas