Connect with us

Oh! Media

Anak Tersalah Tunjuk Jari Tengah, Bapa Mohon Maaf Dan Harap Video Dipadam

Trending

Anak Tersalah Tunjuk Jari Tengah, Bapa Mohon Maaf Dan Harap Video Dipadam

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 baru-baru ini disambut dengan penuh meriah. Ramai yang memberi sokongan dengan menghadirkan diri ke Dataran Merdeka dan lokasi-lokasi utama perarakan di seluruh negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakam Sampai Tengah Jalan, Gelagat Ustaz Azhar Idrus Tengok Perarakan Jadi Tumpuan

Dalam kemeriahan itu, ada pelbagai aksi lucu yang sempat dirakam orang awam. Antaranya adalah gelagat seorang kanak-kanak yang tersalah tunjuk isyarat jari tengah. Difahamkan, kanak-kanak itu mahu membuat ‘mini love’.

Terbaru, bapa kepada kanak-kanak lelaki itu tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan tanpa sengaja anaknya itu.

Beliau juga memohon jasa baik netizen supaya menghentikan kecaman dan memadam video tular tersebut.

Saya memohon sepuluh jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya.

Mungkin dengan jasa baik sebesar ini Allah Taala memuliakan serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak dimata. Amin Ya Rabb.

Dalam hantaran yang dibuatnya di Facebook, si bapa berkata anaknya seorang peminat bomba dan sangat teruja dapat terlibat dalam perbarisan merdeka. Anaknya bangun seawal 5 pagi dan sangat seronok dapat pakai baju bomba.

Sebagai bapa, dia bangga dengan keberanian anak turut serta acara itu meskipun secara bidan terjun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas