Connect with us

Oh! Media

Rakam Sampai Tengah Jalan, Gelagat Ustaz Azhar Idrus Tengok Perarakan Jadi Tumpuan

Trending

Rakam Sampai Tengah Jalan, Gelagat Ustaz Azhar Idrus Tengok Perarakan Jadi Tumpuan

Hari kemerdekaan yang ke-65 semalam diraikan penuh meriah dengan kehadiran ramai pengunjung ke majlis perbarisan dan Hari Kebangsaan 2022.

ADVERTISEMENT

Ramai yang turut serta turun padang melihat anggota-anggota beruniform melakukan perarakan sempena hari bersejarah Malaysia itu.

Tidak ketinggalan memberikan sokongan adalah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Di TikTok, orang ramai berkongsi momen melihat ustaz dan ahli keluarganya bersila di atas jalan.

Lebih melucukan, anggota bomba dan penyelamat sanggup keluar baris untuk bergambar dengan ustaz sebaik menyedari kehadiran penceramah kesayangan ramai itu.

@cmbchannel hahahaha…lawok abam2 bomba kita…. ade lagi part lawok lain..tu pon klau video ni fyp la.. #fyp #tranungnibohh #cmbchannel #ustazazharidrus #UAI#bombamalaysia🇲🇾 #merdeka65tahun2022 ♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman
@cmbchannel Replying to @cmbchannel nah part 2 utk peminat UAI…ustaz kesayangan ramai…lokasi di bulatan ladang kuala terengganu…#merdeka65tahun2022 #tranungnibohh #fyp #ustazazharidrus #jpjmalaysia #cmbchannel ♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempat berseloroh dengan ustaz bertanyakan mengenai hukum berkahwin empat. Ustaz dengan sporting tersenyum dan mengangkat ibu jari (best).

@markmatt53 Big boh pn hadir #teampkbmsmkbp ♬ original sound – markmatt53

Orang ramai yang duduk di kawasan sekitar turut terhibur melihat gelagat spontan anggota perarakan serta Ustaz Azhar yang bersemangat memberikan sokongan.

Sampai tengah jalan beliau masuk nak rakam anggota-anggota beruniform ni.

Kredit: TikTok @cmbchannel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas