Connect with us

Oh! Media

najib razak

Oh! Tidak

Anak Buah Dato’ Sri Najib Razak Luah Perasaan, Dedah Bapanya Disondol?

Anak buah bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dedah bapanya disondol? Itulah apa yang tersebar beberapa hari ini apabila luahan anak perempuan kepada Nazir Razak iaitu Marissa Nazir tersebar.

Dalam perkongsian itu, Marissa berkongsi tentang pernikahan kali kedua bapanya bersama seorang wanita.

IKLAN

Sebelum ini, adik kepada Dato’ Sri Najib Razak itu mengumumkan bahawa dia sudah bernikah dengan kekasih, Puan Sri Yati Zainuddin pada 17 November 2023.

Sejurus selepas itu, Marissa tampil meluahkan dalam satu hantaran yang panjang lebar tentang keputusan itu dan mendakwa bapanya tidak memikirkan emosi ibunya, Dato’ Azlina Aziz.

Tulis Marissa, pernikahan bapanya itu bersama PS Yati seolah-olah mengabaikan emosi ibunya yang telah menjadi isteri kepada Nazir selama 30 tahun sebelum bercerai pada tahun ini.

Dalam pada itu, Marissa juga mendakwa dia dan abang, Arman tidak dimaklumkan apa-apa mengenai perancangan bapanya untuk menikah lagi satu. Mereka hanya tahu tantang itu daripada media dan juga rakan-rakan ibu bapanya yang hadir ke majlis.

Marissa juga ada menulis mengenai kisah sedih ibunya yang menghidap sakit teruk ketika pandemik dan sikap bapanya yang berlaku curang dengan wanita itu.

Perkongsian Marissa itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Ada yang meluahkan rasa simpati terhadap Marissa dan ibu kerana diduga dengan dugaan seperti itu dan ada juga yang menempelak sikap anak gadis itu yang didakwa membuka aib bapa sendiri memandangkan mereka berdua telah pun sah bercerai.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas