
Oh! Tidak
Alasan Nak Ambil Lesen, Dua Isteri Orang Kantoi ‘Check-In’ Dengan Lelaki Warga Asing
Oleh
Dua orang wanita telah ditangkap berkhalwat dengan pasangan masing-masing yang merupakan warga Bangladesh di sebuah inap desa, Kulim.
Wanita yang berusia 26 dan 38 tahun itu telah ditangkap bersama pasangan mereka berumur 35 tahun kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.
Isteri orang

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan maksiat itu.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik di inap desa itu menemui seorang wanita berusia 38 tahun yang berstatus isteri orang dan mempunyai empat orang sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Bangladesh. – Anwar
Wanita yang berusia 26 tahun itu juga sudah berkahwin tetapi ditemui sedang berkhalwat dengan pasangannya.
Dia juga memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen memandu bersama seorang rakan di Kulim – Anwar
Mereka telah ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.
Kredit: Kosmo
