Connect with us

Oh! Media

“Aku Ludah Muka Hang” – Individu ‘Pau’ Pengunjung Tanjung Asam Dikecam

Trending

“Aku Ludah Muka Hang” – Individu ‘Pau’ Pengunjung Tanjung Asam Dikecam

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak memaki hamun seorang pengunjung yang memasuki sebuah kawasan perkelahan di sebuah pantai di Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Tahan Lelaki Rampas Beg Tangan Ketika Bergaduh Kerana Kemalangan

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pengunjung telah dimaki oleh individu tersebut kerana dipercayai ingin memasang khemah di sebuah gazebo yang disediakan.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Pantai Tanjung Asam, Bayan Lepas, Pulau Pinang itu menyebabkan berlaku pertengkaran ada mereka berdua.

Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai penjaga tandas awam di kawasan tersebut dikatakan telah meminta pengunjung itu membayar sebanyak RM50 kepadanya jika ingin menggunakan gazebo itu.

Selain itu, lelaki tersebut juga mendakwa telah membayar sebanyak RM30,000 kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membina gazebo berkenaan.

Dia kata dia dah bayar RM30K kat PJS dan majlis. Gazebo ini pun dia habiskan duit RM9,000 kata dia buat. Macam kita ni orang luar, dia nak kencing.

Jelas pengadu yang dikenali sebagai Panglima Taji itu, tempat tersebut sebenarnya telah dijaga oleh seorang tukang sapu dan lelaki itu hanyalah penjaga tandas awam di kawasan tersebut.

Tambahnya, dia mendakwa lelaki tersebut hanya ingin mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran terhadap mana-mana individu yang ingin berniaga di kawasan berkenaan.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga dilihat turut mengecam tindakan individu itu selain berharap agar dia segera diberkas pihak berkuasa.

Azrul Mahathir luah rasa kesal, akui kawasan tersebut boleh digunakan tanpa bayaran

Berhubung dengan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz turut meluahkan rasa kesalnya terhadap kejadian itu.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau menyatakan bahawa kawasan itu merupakan rizab kerajaan dan boleh digunakan tanpa membuat sebarang bayaran.

Azrul Mahathir Aziz
Azrul Mahathir Aziz

Saya tegaskan di sini bahawa kawasan berkenaan adalah milik rizab kerajaan dan boleh digunakan oleh orang awam tidak kira siapa mereka yang hadir untuk menggunakan ruang pantai ataupun gazebo yang disediakan oleh JPS DBD.

Tambahnya, buat masa sekarang tiada sebarang individu telah diberikan kuasa untuk mengenakan apa-apa bayaran dalam menggunakan kawasan tersebut.

Mengakhiri ulasannya, beliau sempat memohon agar orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku insiden seperti ini serta menasihati agar sentiasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Kredit: Facebook Kami Pengguna Jalan Raya dan ADUN PH N38 Bayan Lepas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas