Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Polis Berjaya Tahan Suspek Keenam Belasah Pakcik OKU

Ohmedia oku Pasar Tani

Oh! Tidak

Akhirnya Polis Berjaya Tahan Suspek Keenam Belasah Pakcik OKU

Polis berjaya menahan suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Jumaat lalu.

Penahanan ini disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh terus laporkan kepada polis…

Menurutnya, suspek yang berusia 35 tahun ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada jam 1.50 tengah hari semalam.

IKLAN

Sebelum ini, polis sudah tahan lima lelaki yang berusia antara 18 hingga 60 tahun. Pihak polis sedang menyiapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut dan kita minta orang ramai tampil bagi membantu polis.- Katanya.

Setakat ini, pijak JKM turut memberi bantuan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (KSP) kepada keluarga mangsa untuk membantu menstabilkan emosi mereka selepas kejadian ini.

JKM kesal dengan kejadian itu yang sangat tidak berperikemanusiaan dan di luar batas tatasusila kehidupan bermasyarakat yang diamalkan di negara ini.- Menurut kenyataan rasmi JKM.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin telah mengeluarkan perintah reman selama tiga hari terhadap suspek keenam bermula hari ini.

Pada masa yang sama, reman terhadap suspek keempat, berusia 32 tahun, turut disambung selama dua hari lagi untuk melengkapkan siasatan.

Ohmedia oku Pasar Tani

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas