Connect with us

Oh! Media

Aidiladha Hampir Tiba, Harga Haiwan Korban Naik 50 Peratus

haiwan ternakan

Trending

Aidiladha Hampir Tiba, Harga Haiwan Korban Naik 50 Peratus

Harga haiwan korban kini naik sehingga 50 peratus di Jakarta, sempena Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Buat Pengakuan Dakwa Prosedur Sembelih Haiwan Jijik, Tidak Halal Dan Penyembelih Minum Arak

Kenaikan harga ini disebabkan oleh banyak haiwan ternakan yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD) di beberapa daerah di Jakarta.

Lembu korban perlu kuarantin 14 hari

haiwan korban

Menerusi laporan Utusan, Mufti Bangkit Sanjaya, seorang penternak menjelaskan bahawa dulu harga bagi 400kg lembu boleh didapati dengan harga 20 juta rupiah (RM6,017), tetapi sekarang sudah naik kepada 30 juta rupiah, iaitu RM9,025.

Modal sudah meningkat 30 peratus, belum lagi modal pusingan dan margin keuntungan.

Harga daging lembu bagi setiap kilogram akan meningkat 70,000 rupiah (RM21) berbanding 58,000 rupiah (RM17) sebelum ini.

Lembu korban perlu menjalani kuarantin selama 14 hari untuk memastikan setiap ekor bebas daripada FMD. Lembu yang berasal dari Aceh, Sumatera dan Jawa Timur pula tidak dibenarkan masuk kerana ini termasuk di dalam kawasan wabak FMD.

Buat peniaga pening

haiwan korban

Kenaikan harga ini bukannya sesuatu yang bagus dan menggembirakan peniaga, malah memeningkan buat peniaga-peniaga lembu.

Semoga kerajaan dapat melakukan satu inisiatif untuk rakyat dan peniaga-peniaga di luar sana.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas