Connect with us

Oh! Media

Ahli GISBH Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Cuba Menakutkan Secara Jenayah

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Oh! Tidak

Ahli GISBH Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Cuba Menakutkan Secara Jenayah

Seorang ahli GISBH, Mohamad Riza Makar, 39, yang merupakan suami kepada tiga isteri dan bapa kepada 10 anak, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya atas tuduhan menakutkan secara jenayah terhadap bekas ahli jemaah organisasi tersebut.

Mohamad Riza mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Dia didakwa mengeluarkan kata-kata ancaman terhadap seorang wanita berusia 25 tahun dengan niat untuk menakutkan mangsa kerana enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

IKLAN

Kata-kata yang didakwa diucapkan olehnya ialah: “Kita tunggu … kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga”.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di tempat letak kereta sebuah kompleks pejabat di Presint 4, Putrajaya, pada pukul 10 malam, 9 September lalu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan bersalah.

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas