Connect with us

Oh! Media

“Abang Nak M*in Tak?” – Penghuni Rumah Bujang Kongsi Detik Cemas Dikacau Lelaki ‘Kunyit’ Di Luar Rumah

Trending

“Abang Nak M*in Tak?” – Penghuni Rumah Bujang Kongsi Detik Cemas Dikacau Lelaki ‘Kunyit’ Di Luar Rumah

Bercakap mengenai gangguan seksual, sudah pasti ia menjadi satu perkara yang sangat ditakuti kaum wanita.

ADVERTISEMENT

BACA: Rider Himpit Dan Ambil Kesempatan Raba Payudara Wanita Didenda RM4k

Namun, jangan terkejut sekiranya kaum lelaki juga berisiko tinggi untuk menerima gangguan seksual.

Abang nak main tak?

Tular di Twitter satu kejadian cemas yang dihadapi sekumpulan orang lelaki selepas mereka didatangi dan diceroboh seorang lelaki yang tidak dikenali di rumah sewa mereka.

Menerusi ciapan dibuat @darwisy_aziz itu, dia berkongsi keadaan cemas diganggu seorang lelaki yang cuba untuk memasuki rumah mereka melalui pintu belakang dan mengajak mereka untuk ‘bermain’.

Apa yang mencemaskan ialah, lelaki yang mengganggu mereka itu berjaya masuk ke dalam rumah sewa mereka dipercayai selepas dibawa masuk oleh seorang penghuni baru yang turut menyewa di rumah tersebut.

Menurut Darwisy lagi, penyewa baru yang seakan mencurigakan itu duduk berdua-duaan dengan lelaki itu selama hampir satu jam di dalam bilik.

Tidak tahu apa yang dilakukan, Darwisy kemudiannya bertindak memaklumkan perkara itu kepada pemilik rumah dan menyebabkan penyewa baru itu dihalau keluar.

Jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang ni

Perkongsian Darwisy itu mendapat respon dan perhatian warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa takut melihat keadaan yang dihadapi lelaki berkenaan.

Sentiasa berhati-hati korang, jadi lelaki pun dah tak selamat dah sekarang ni.

Kredit: Twitter darwisy_aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas