Connect with us

Oh! Media

8 ‘Anak Ayam’ Ditangkap Buat Promosi Khidmat S*ks Sempena Hari Raya Korban

Oh! Tidak

8 ‘Anak Ayam’ Ditangkap Buat Promosi Khidmat S*ks Sempena Hari Raya Korban

Orang lain berkorban, hang boleh pergi korban benda lain pula ya?! Itulah apa yang berlaku selepas ada yang menawarkan promosi khidmat seks sempena raya korban kepada orang beragama Islam.

ADVERTISEMENT

Aktiviti jijik itu berjaya dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam di Jalan Tun HS Lee.

Lebih mengejutkan, promosi persundalan ditawarkan pada harga serendah RM50 untuk setiap sesi. Dalam serbuan itu, polis menahan lapan wanita berusia 21 hingga 51 tahun.

Hasil serbuan itu, polis merampas wang tunai RM900, 564 kondom, 108 tisu, lapan botol minyak dan 10 buku catatan aktiviti pelacuran.

Semua tangkapan direman selama empat hari sehingga 14 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tempat korang ada tak tawaran macam ni? Kalau ada buatlah laporan sebab kita tak mahu aktiviti jijik seperti ini merosakkan masyarakat kita.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas