Connect with us

Oh! Media

600k Peluang Pekerjaan Dijamin ‘Ada’ Pada Tahun Ini – Tengku Zafrul

peluang pekerjaan

Oh! Tidak

600k Peluang Pekerjaan Dijamin ‘Ada’ Pada Tahun Ini – Tengku Zafrul

Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal mewujudkan sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baru pada tahun ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Jawapan Balas Tengku Zafrul Untuk Anwar Ibrahim Tentang Pinjaman 3 Bank Kepada Genting Hong Kong

Menerusi laporan Awani, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan menyatakan pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran akan dianjurkan untuk menaikkan semula sektor pekerjaan yang terjejas kerana pandemik.

Sasaran dapat dicapai berdasarkan pencapaian tahun lalu

peluang pekerjaan

Tengku Zafrul yakin dengan sasaran tersebut kerana menurutnya, tahun lepas telah mendapat pencapaian yang cemerlang dimana kerajaan berjaya melepasi angka 500,000 peluang pekerjaan yang ditetapkan dengan marjin yang besar.

JaminKerja ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu insentif pengajian dan satu lagi MyStep serta program latihan dan peningkatan kemahiran atau rescaling dan upscaling.

Bagi insentif pengajian kerja ini permohonan insentif telah dibuka sebenarnya dari 17 Januari yang lepas, boleh dibuat melalui laman web Perkeso.

Program MyStep itu merupakan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja untuk menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan kerajaan.

Kerajaan juga menyasarkan 220,000 pelatih menjalani rescaling dan upscaling dan semua yang dilatih dijamin akan mendapat pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang memiliki peruntukan dana sebanyak RM4.8 bilion.

Semoga usaha yang dilakukan ini dapat membantu lebih ramai anak muda dan rakyat yang mengganggur di Malaysia ini.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas