Connect with us

Oh! Media

6 Warga Palestin Berjaya Loloskan Diri Dari Penjara Israel, Hanya Menggunakan Sudu

Trending

6 Warga Palestin Berjaya Loloskan Diri Dari Penjara Israel, Hanya Menggunakan Sudu

Sebut sahaja tentang penjara, mesti ramai dari kalangan kita yang tidak mahu terlibat dalam apa-apa jua jenayah untuk tidak masuk ke tempat tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Api Kian Marak Di Israel, Palestin Hantar Bantuan Bomba Kawal Kebakaran

Penjara juga turut mempunyai sistem kawalan yang ketat bermula dari penjara itu sendiri sehingga di setiap penjuru bangunan.

Hal itu sama seperti kawalan penjara di Israel itu yang dilaporkan mempunyai kawalan paling ketat di dunia.

Prison Break versi Palestin

Dalam pada itu, Israel seolah-olah dikejutkan serta dimalukan apabila penjara Gilboa yang dikatakan mempunyai kawalan paling ketat berjaya dibolosi oleh enam rakyat Palestin.

Mereka telah meloloskan diri dengan menggali terowong dari dalam penjara melalui di bahagian bawah singki sel mereka.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh @fakhrifadzli di laman Twitter, 4 warga Palestin tersebut sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup manakala 2 orang lagi ditahan tanpa bicara.

Menerusi perkongsian itu juga, kehilangan mereka disedari selepas beberapa jam mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurigakan berada di luar pagar.

Selain itu, mereka juga turut menjumpai pakaian yang dikoyakkan dan ditinggalkan oleh para tawanan setelah mereka membebaskan diri daripada penjara.

Tambahnya lagi, pihak polis Israel juga turut menggunakan bantuan tentera dan agen beserta anjing terlatih bagi memulakan operasi bagi mengesan mereka.

Gali lubang hanya menggunakan sudu

Usaha yang mereka lakukan dilihat sia-sia selepas gagal menjumpai warga Palestin itu walaupun sudah melaksanakan operasi secara besar-besaran.

Walaubagaimanapun, mereka telah berjaya mengesan beberapa lubang yang digali oleh warga Palestin yang terdapat dalam penjara.

Terdapat juga beberapa gambar serta video memaparkan keadaan terowong itu yang berjaya digali tanpa disedari pegawai penjara.

Lebih mengejutkan, mereka menggali hanya menggunakan sudu selama berbulan-bulan sehingga berjaya melepas kawalan yang dikatakan paling canggih itu.

Tiada siapa tahu bagaiamana mereka melakukannya tanpa disedari pegawai yang bertugas. Perkara itu turut menzahirkan rasa malu dari pihak Israel.

Sehingga sekarang, pihak Israel masih gagal mengesan 6 tawanan Palestin tersebut dan operasi kian giat dijalankan selepas tertekan dengan pembebasan tawanan itu yang amat memalukan mereka.

Kredit: Twitter @fakhrifadzli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas