Connect with us

Oh! Media

16 Akaun Bank Dibeku SPRM, RM10.2 Juta Disita Dalam Siasatan Rasuah E-Waste

Sprm Rasuah

Oh! Tidak

16 Akaun Bank Dibeku SPRM, RM10.2 Juta Disita Dalam Siasatan Rasuah E-Waste

SPRM beku 16 akaun bank, sita RM10.2 juta dan barang kes susulan siasatan rasuah berkait e-waste.

Op Nature yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya berjaya bongkar satu lagi kegiatan rasuah melibatkan industri e-waste. Kali ini, melibatkan bukan satu atau dua, tapi 16 akaun bank yang dibekukan dengan jumlah mencecah RM10.2 juta!

Siasatan yang tertumpu di Selangor dan Negeri Sembilan turut menyaksikan rampasan wang tunai RM87,000 dan pelbagai barang berharga termasuk kereta serta barang kemas yang dianggarkan bernilai RM220,000.

Reman terhadap pengarah syarikat dan pegawai jabatan

Menurut sumber, beberapa individu utama sudah pun direman termasuk seorang pengarah syarikat dan pegawai kanan jabatan berkaitan sejak 20 Januari lalu. Seorang daripada mereka disambung reman sehingga 30 Januari ini bagi membantu siasatan SPRM.

IKLAN

Sebanyak 16 akaun bank dibekukan membabitkan nilai kira-kira RM10.2 juta. Sejumlah RM87,000 wang tunai juga disita dan barang kes berharga bernilai kira-kira RM220,000 juga turut disita termasuk kereta dan barang-barang kemas.- Katanya.

Lebih mengejutkan, siasatan mendedahkan ada pihak dipercayai melindungi kilang memproses e-waste dan sisa berjadual tanpa ikut proses yang sah.

Mereka ini disyaki menggunakan kedudukan untuk mengelakkan tindakan undang-undang terhadap kilang-kilang terbabit. Penahanan termasuk individu berpengaruh yang dipercayai berperanan utama dalam melindungi operasi kilang terbabit.

Siasatan bawah Akta SPRM

Sprm
Gambar hiasan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditahan dalam masa terdekat.

Selain akaun bank, SPRM turut menyita wang tunai dan barangan mewah yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram.

Antara yang dirampas termasuk kereta dan barang kemas yang semuanya dijadikan bahan bukti penting untuk siasatan lanjut. Rampasan ini menunjukkan betapa seriusnya kegiatan ini dan bagaimana ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan terlibat dalam sebarang aktiviti yang langgar undang-undang, walaupun nampak ‘mudah’ buat duit. Sekali kena siasat, habis semua duit, maruah dan masa depan!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas