Connect with us

Oh! Media

kamera terbaik 2024

Branded

Zum Jauh Pun Kualiti Masih ‘On Top’, Ini Sebab Kenapa Kamera vivo X200 Boleh Tapau Habis Peranti Lain Di Pasaran

Korang yang selalu pergi konsert tu, tipulah kalau korang kata korang tak ‘struggle’ untuk rakam video artis kegemaran, lagi-lagi yang dapat tempat duduk jauh. Fuhh, nak zum tu punyalah susah, gambar dan video confirm pecah!

Dah lah kita ni jenis jarang pergi konsert, kalau boleh mestilah nak simpan gambar atau video buat kenangan kan… 

Jangan risau, lepas ni kalau korang nak pergi konsert, pastikan korang bawa vivo X200 Pro sebab telefon ini boleh zum jauh dan paling penting sangat jelas tau! Kalau nak tahu lebih lanjut, meh sini meh kami kongsi.

Boleh Terus Upload Fancam Tanpa Edit, Kamera vivo X200 Pro Memang Terbaik!

Sumber: vivo Facebook

Kebiasaannya lepas balik saja daripada konsert, kita pasti akan sunting video terlebih dahulu sebelum muat naik ke media sosial kita betul tak?

Dengan vivo X200 Pro ni, korang tak perlu susah-susah nak letak filter ataupun sunting bagi lawa sebab ia dilengkapi dengan kamera yang mempunyai ciri hebat tau!

Kalau korang nak tahu, vivo X200 Pro dilengkapi dengan Kamera Telefoto ZEISS APO 200 MP, yang mana kamera ini dapat menangkap lebih banyak butiran dan menjadikan pemandangan dari sudut jauh kelihatan lebih jelas, paling penting visual tak pecah langsung. 

Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan Kamera Utama ZEISS True Color, yang merupakan vivo x Sony LYT-818 Sensor tersuai baru untuk meningkatkan kesan HDR dengan ketara. Jadi, korang tak perlu sunting atau letak filter langsung sebab visual dah memang lawa!

Menariknya, menerusi Teknologi Vivo Camera-Bionic Spectrum Technology 3.0 yang canggih, ia dapat mengoptimumkan prestasi warna dalam penggambaran dan mengurangkan hingar tau. 

Tak cukup dengan itu, terdapat juga VCS True Color Main Camera, yang menggunakan vivo Camera-Bionic Spectrum Technology 2.0, digandingkan sekali dengan ZEISS T* Coating, yang dapat meningkatkan kualiti keseluruhan imej.

Siapa dekat sini yang kalau pergi konsert, selalu ada gambar yang bergerak-gerak dan tak sharp? Haa, lepas tengok hasil gambar mesti terus tak ada mood kan? 

Dengan vivo X200 Pro, korang tak perlu risau sebab dengan sokongan AI, serta mod Telephoto Super Stage dan ciri Zero-Shutter-Lag Motion, ia dapat menangkap segala detik konsert yang menarik dengan jelas walaupun subjek bergerak begitu pantas. Mantaplah macam ini!

vivo X200 Pro juga mengoptimumkan nada dan pendedahan khusus untuk senario penangkapan pentas dalam 10x hingga 20x, menghasilkan imej yang luar biasa.

Ia juga menyokong rakaman video dengan zum sehingga 30x dengan algoritma resolusi super video yang dipertingkatkan, supaya setiap perincian adegan penggambaran dapat dirakam dengan jelas. 

Psst, mod Telefoto Super Stage vivo X200 Pro ni boleh tukar dari rakaman video ke gambar dengan sangat pantas dan lancar tau. Jadi, tak ada lah korang terlepas detik-detik indah betul tak? 

Kalau video dan gambar saja lawa, audio macam mana pula? Jangan risau, Telephoto Super Stage vivo X200 Pro ini menyokong rakaman audio berarah dan tersedia apabila telefon dipegang secara mendatar tau. 

Selain itu, vivo X200 Pro juga menyokong peningkatan bunyi dengan zum, memberikan pengalaman audio yang lebih realistik dan tiga dimensi. Macam ini barulah syok nak muat naik ke media sosial!

Patutlah Kualiti Gambar & Video Setanding Kamera Profesional, Rupanya vivo Ada Dual-Chip Kamera

Sumber: vivo Facebook

Dengan semua ciri dan kelebihan yang kami dah sebutkan tadi, kami yakin mesti korang terfikir bagaimana kamera vivo X200 Pro ni mampu menghasilkan kualiti yang sangat bagus betul tak?

Jawapannya, vivo hadir dengan kombinasi hebat iaitu Dual-Chip Camera Vivo V3+ Imaging Chip X200 Pro dan MediaTek Dimensity 9400! 

Untuk pengetahuan, vivo X200 Pro dilengkapi dengan V3+ Imaging Chip, yang menggunakan proses pembuatan 6nm yang menghasilkan peningkatan 30% dalam kecekapan tenaga.

Seni bina kognitif-ISP AI yang pelbagai dan sistem Frame Info Technology (FIT) generasi kedua dapat meningkatkan prestasi algoritma dengan ketara sambil mengurangkan penggunaan kuasa tau.

Selain itu, V3+ Imaging Chip ini juga menyokong penyepaduan berbilang algoritma untuk rakaman malam dan rakaman video potret. Memang sesuai kalau guna untuk pergi konsert!

Dengan Cip Pengimejan vivo V3+ dan Platform MediaTek Dimensity 9400, vivo X200 Pro dapat merakam video potret walaupun dalam keadaan gelap menerusi ciri Video Potret Sinematik HDR 4K. Wah seriuslah?

Kalau korang nak tahu, siri vivo X200 ini telah melakukan penambahbaikan dalam pelbagai aspek seperti kesan HDR, kejelasan butiran dan warna tau. 

vivo X200 Pro juga memperkenalkan keupayaan rakaman video profesional seperti LOG 10-Bit. Fuhh, macam ini seronoklah kalau nak color grading sendiri!

Siri X200 menyokong Video Potret Sinematik ZEISS, dengan Bokeh Video Sinematik ZEISS yang menampilkan bokeh bujur tersendiri, memberikan estetika filem klasik dan dapat memastikan pengalaman videografi yang lebih tinggi.

vivo dan MediaTek telah bergabung untuk sama-sama menghasilkan cip utama CPU generasi kedua dan menariknya, dengan adanya MediaTek Dimensity 9400, siri vivo X200 menunjukkan kemajuan dengan prestasi luar biasa. 

MediaTek Dimensity 9400 menawarkan cache 29MB yang besar di mana Cache L2 telah dipertingkatkan sebanyak 100%, dan cache L3 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 50%. 

Bukan itu saja, platform MediaTek Dimensity 9400 menampilkan GPU 12 teras Arm Immortalis-G925, yang menyokong Pengesanan Ray Permainan Berasaskan Perkakasan juga dapat mengurangkan penggunaan kuasa sambil meningkatkan prestasi GPU. 

vivo dan Arm telah menubuhkan vivo x Arm Joint Laboratory secara rasmi dan dengan kerjasama ini, ia membolehkan vivo dan Arm untuk memupuk teknologi cip R&D, bermula dari lapisan bawah dan sumber teknologi, dan seterusnya menerapkan reka bentuk bersepadu perisian perkakasan.

Cas Sekali Sehari Saja, Siri vivo X200 Mempunyai Bateri Besar & Tahan Lama!

Kalau telefon ada kamera yang padu macam ni, satu saja kebimbangan iaitu kapasiti bateri betul tak? 

Jangan risau guys, dengan siri vivo X200 ni, korang tak perlu risau langsung tentang ketahanan bateri sebab kedua-dua vivo X200 5G dan Pro mempunyai bateri yang besar! 

Untuk vivo X200 5G, ia mempunyai bateri sebesar 5,800 mAh, manakala untuk vivo X200 Pro pula ia mempunyai bateri sebesar 6,000 mAh, dan kedua-dua menyokong 90W FlashCharge tau. Pergh, ini kalau dah terlambat nak pergi konsert ni, cas sekejap pun dah boleh pakai lama. 

Psst, kalau pergi konsert, tak sah kalau tak bawa powerbank kan? Tapi, kalau korang tertinggal powerbank pun, jangan risau sebab dengan vivo X200 Pro, korang boleh cas tanpa wayar yang mana ia menyokong pengecasan sehingga 30W. 

Jadi, sekarang korang dah faham kan kenapa kami kata siri vivo X200 ni adalah peranti terbaik untuk pergi konsert?

Konsert Tak Lengkap Tanpa Siri vivo X200! 

Dengan semua ciri yang ada pada siri vivo X200 ni, memang rugi sangat kalau korang yang suka pergi konsert tu tak beli! 

Bukan apa, dah lah ciri kamera padu, zum jauh mana sekali pun, kualiti gambar dan video tetap jelas, paling penting harga mampu milik tau. 

Korang boleh dapatkan siri vivo X200 ini pada harga RM3,599 untuk vivo X200 5G dan RM4,699 untuk vivo X200 Pro. 

Paling best, kalau korang dapatkan siri vivo X200 ini sekarang, korang berpeluang untuk menikmati hadiah menarik sehingga RM1,787! Wow, seriuslah?

Antara hadiah menarik menanti adalah vivo 50W Vertical Wireless Flash Charger 2 untuk vivo X200 Pro, vivo TWS 3e untuk vivo X200 dan vivo Laptop Backpack tau! 

Selain itu, korang juga akan dapat vivo care+ waranti lanjutan 1+1 tahun DAN vivo care+ perlindungan skrin selama setahun. Fuhh, baguslah kalau macam tu kan?

Tak cukup dengan itu, korang juga akan menikmati diskaun Purchase With Purchase (PWP) sebanyaka 30% untuk vivo Watch 3 dan TWS Buds. Memang berbaloi kalau beli siri vivo X200 kalau macam ni!

Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang siri vivo X200! Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas