Connect with us

Oh! Media

Xiaomi Mi Watch Hadir Dengan 117 Mod Kecergasan Dengan Harga Mampu Milik, Bateri Tahan Sehingga 16 Hari

B1279508 e83f 47d2 9850 751459978f41

Oh! Tech

Xiaomi Mi Watch Hadir Dengan 117 Mod Kecergasan Dengan Harga Mampu Milik, Bateri Tahan Sehingga 16 Hari

Xiaomi juga tak ketinggalan untuk memperkenalkan jam pintar terbaru mereka di pasaran Malaysia gais. Kalau barang-barang Xiaomi ni semestinya mampu milik dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Untuk jam pintar Xiaomi yang dipanggil Xiaomi Mi Watch ini, ia hadir dengan jam muka berbentuk bulat dengan skrin 1.39 inci AMOLED. Terdapat dua butang di bahagian tepi dah salah satunya adalah akses untuk korang pergi ke mod sukan yang mempunyai 117 mod kecergasan berbeza. 

Add1ac85 72b8 4d69 9088 c8863e9c759d

Xiaomi Mi Watch ni juga didatangkan dengan enam sensor dan antaranya ialah denyutan nadi, tekanan udara, tahap oksigen dalam darah dan lain-lain. Bukan tu jer, ia juga mempunyai sokongan GPS tau.

IKLAN

Jam pintar dari Xiaomi ni juga dikatakan mampu bertahan sehingga 16 hari. Pergh! Kira sebulan tu kita kena caj dua kali jer, memang mantul!

Sekiranya korang berminat dengan Xiaomi Mi Watch ni, korang dah boleh dapatkannya bermula hari ini di Lazada ataupun Shopee pada harga RM469 jer. Memang berbaloi gila gais!

Kredit: Xiaomi Malaysia

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas