Connect with us

Oh! Media

Wifi Slow?? 10 Langkah Korang Boleh Cuba Untuk Tingkatkan Kelajuan Wifi

Oh! Tech

Wifi Slow?? 10 Langkah Korang Boleh Cuba Untuk Tingkatkan Kelajuan Wifi

Sejak pandemik Covid-19, segala aktiviti pembelajaran dan pekerjaan tergendala dan terpaksa dilakukan di rumah. Bila kena duduk rumah disebabkan PKP, mesti ada hari Wifi korang problem kan? Tiba-tiba slow lepas tu tak boleh connect ataupun limited. 

ADVERTISEMENT

Pastinya ia sangat mengganggu lebih-lebih lagi time tu korang tengah ‘work from home’ ataupun ‘online class’. Kadang-kadang benda yang penting boleh hilang sebab wifi problem ni. Jadi disini kami nak kongsikan 10 langkah yang korang boleh cuba untuk atasi wifi yang bermasalah.

  1. Reboot Router

Kebiasaanya cara ini adalah langkah paling powerful sekali. Sebab dapat jimatkan poket korang dari kekeringan kerana terpaksa menukar router baru. Caranya adalah dengan turn off router korang selama satu minit dan turn on semula. Benda Ini dipanggil sebagai power cycling dan seringkali dapat mengatasi banyak masalah yang mempengaruhi kelajuan internet korang. Korang juga boleh cuba reconfigure kembali setting wifi korang. Banyak tutorial di YouTube yang korang boleh follow. 

2. Semak Gangguan Dalaman

Barangan elektronik yang menggunakan frekuensi untuk berfungsi seperti remote tv, bluetooth speakers, microwave oven, cordless phone sangat memberi impak kepada kelajuan wifi korang.  Ini kerana kebanyakan barangan tadi menggunakan frekuensi yang sama dengan wifi korang. Oleh itu penting bagi korang untuk meletakkan barangan berkenaan jauh dari router wifi.

3. Tukar Cable Yang Baru

Jika reboot tadi tidak berkesan, korang boleh periksa keadaan kabel yang digunakan. Faktor lama, panjang dan struktur kabel boleh mempengaruhi kelajuan wifi. Kerosakan pada kabel menyebabkan korang tidak dapat menggunakan wifi sepenuhnya. Korang boleh cuba ganti kabel, soket, line telefon lama dan gunakan cable yang lebih pendek dan lebih baru. Penukaran ini memberi perbezaan yang sangat besar dari segi kelajuan wifi.

4. Tingkatkan Tahap Protokol Sekuriti 

Korang biasa dengar istilah ‘hacked’ bukan? Antara salah satu sebab wifi korang problem dan tidak boleh digunakan adalah disebabkan wifi berkenaan telah hacked oleh seseorang. Ini menyebabkan korang tidak boleh menggunakan wifi berkenaan seperti biasa kerana wifi tersebut telah digunakan sepenuhnya oleh hacker berkenaan. Hal ini biasa terjadi, jika wifi korang menggunakan protokol sekuriti WEP. Walaubagaimanapun ketika ini, protokol sekuriti WPA dan TKIP juga kurang secure memandangkan ianya sudah lama. Jadi cara yang paling baik adalah menukar kepada WPA2 dan AES.

5. Tukar Password Wifi Yang Baru

Tanpa korang sedari bahawa terdapat unauthorized device menggunakan wifi korang sehingga speed menjadi slow apabila terlalu banyak device menggunakan wifi berkenaan. Ini bermaksud peranti-peranti ini mengetahui password wifi korang dan menggunakan secara senyap. Oleh itu korang boleh cuba tukar password yang lebih susah bagi menyukarkan mereka menyambungnya secara haram. 

6. Beralih Kepada Band Yang Lain

Korang perasan tak bila korang nak connect wifi, akan ada wifi yang sama cuma berbeza band, satu 5Ghz dan satu 2.4Ghz.  Untuk info korang, band 2.4Ghz adalah wifi yang kebanyakan orang pakai bila berada jauh dari router. Ini menyebabkan wifi menjadi slow. Jadi kalau korang terdesak nak pakai wifi untuk online meeting atau online class, cuba guna wifi band 5Ghz tapi dengan syarat korang kena ada berhampiran dengan router kerana wave frequency nya lebih pendek.

7. Pastikan Peranti Bebas Dari Virus

Salah satu sebab mengapa tiba-tiba sambungan wifi menjadi masalah adalah tahap kesihatan peranti yang rendah. Ini kerana peranti berkenaan sudah terdedah dengan spyware, viruses dan malware yang beri impak kepada web surfing speed dan keseluruhan systems performance. Banyak software anti-virus free yang korang boleh download dan gunakan untuk menyingkirkan virus-virus berkenaan. Tapi pastikan dari laman web yang official, bagi mengelakkan peranti korang lebih teruk dijangkiti.

8. Kemaskini Firmware Router

Firmware adalah embedded software yang dipasang pada read-only-memory (ROM) chip yang membolehkan router berkenaan implement network dan security protocols. Kebanyakkan firmware boleh dimuat turun bagi mengatasi isu sekaligus meningkatkan performance router berkenaan. Pastikan korang memasang firmware yang betul dari official website. Elakkan muat turun dan menggunakan firmware dari third-party site. 

9. Lakukan Line Test

Kadang-kadang bukan router jadi penyebab utama wifi korang bermasalah, tapi penyedia sambungan internet (ISP) yang gagal menyediakan sambungan internet yang baik sekitar kawasan rumah korang. Jadi menghubungi mereka adalah langkah kedua terakhir untuk mengatasi masalah ini. Korang boleh hubungi mereka agar mereka lakukan pemeriksaan dan mengesahkan sama ada kawasan rumah korang sedang mengalami masalah line atau router yang korang pakai memang rosak.

10. Tukar Modem Atau Router Yang Baru

Modem adalah peranti yang menghubungkan home network anda ke Internet yang lebih luas. Manakala router, adalah peranti yang membolehkan semua wired dan wireless device anda menggunakan Internet. Kadang-kadang tak semua modem atau router yang anda gunakan itu bagus. Jadi kalau sentiasa mengalami masalah internet, mungkin telah tiba masanya untuk korang tukar modem atau router yang baru.

Diharapkan cara yang kami kongsikan ini bermanfaat dan dapat membantu korang atasi masalah wifi yang dihadapi. Jangan lupa kongsikan kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini.

Sumber : Blogtyrant

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Lagi dalam kategori Oh! Tech

30 Hari Paling Trending

To Top