Connect with us

Oh! Geekz

WhatsApp Tambah Ciri ‘Screen Share’ Ketika Buat Panggilan Video

Mesti ramai yang gunakan Google Meet atau Zoom ketika meeting online sebab dua platform ini je yang ada ciri ‘screen share’, betul tak? Terbaru! Aplikasi WhatsApp pun dah ada ciri itu ketika korang buat panggilan video. Memang terbaik!

Menurut laporan dari WABetaInfo, pengguna dah boleh berkongsi paparan fail untuk dibentangkan kepada rakan pemanggil lain untuk bincangkannya secara atas talian dan perkara ini diumumkan sendiri hari ini oleh Mark Zuckerberg.

IKLAN

WhatsApp

Macam mana nak guna ciri ini di WhatsApp? Pertamanya, korang perlu memulakan panggilan video dan tekan jer butang khas yang tersedia untuk menggunakan ciri perkongsian skrin.

Dah buka WhatsApp tapi tak ada pun? Haa, jangan lupa ‘update’ aplikasi WhatsApp korang di App Store bagi yang gunakan iOS atau di Play Store bagi yang gunakan Android OS.

Kalau WhatsApp dah ada ciri ni memang mudah gila kerja kita sebab kebanyakan individu memang hari-hari gunakan aplikasi ini untuk berhubung.

Kredit: WABetaInfo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas