Connect with us

Oh! Media

vivo Atasi Jenama Terkemuka Sebagai Jenama Pilihan Asia Pada Suku Keempat 2020

Oh! Tech

vivo Atasi Jenama Terkemuka Sebagai Jenama Pilihan Asia Pada Suku Keempat 2020

Pasaran telefon pintar tahun lalu rancak berkembang selepas serangan pandemik apabila aktiviti yang suatu ketika dahulu dijalankan secara bersekemuka mula beralih ke digital.

ADVERTISEMENT

Aktiviti pembelajaran malah bekerja mula dilakukan secara atas talian dan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pasaran telefon pintar untuk berkembang.

Sebagai salah satu jenama yang sering menjadi pilihan pengguna di Asia, vivo mencatatkan prestasi terbaiknya pada suku keempat tahun lalu apabila mengungguli 15 peratus penghantaran telefon pintar ke Asia.

Menurut Counterpoint prestasi vivo ini didorong permintaan dan sambutan yang tinggi di pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Top 5 pasaran global

Bukan hanya prestasi mengagumkan di pasaran Asia, vivo turut mencatat pencapaian luar jangka di pasaran global apabila menguasai 8.6 peratus pasaran penghantaran telefon pintar dunia tahun 2020.

Sejak mengorak langkah memasuki pasaran antarabangsa pada tahun 2014, vivo telah berkembang dengan pantas di pasaran Asia dan global.

Disember tahun lalu, vivo secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik pengimejan global bersama peneraju dalam bidang optik dan opto-elektronik serta pelopor dalam bidang profesional dan mudah alih global, ZEISS.

Gabungan ini akan mengukuhkan lagi kerjasama di masa kan datang dengan menubuhkan vivo ZEISS Imaging Lab, sebuah program R&D, untuk menginovasikan teknologi pengimejan mudah alih bagi telefon pintar utama vivo.

Usaha berterusan vivo dalam industri telefon pintar memberikannya kejayaan membanggakan di pasaran global.

Terbaru, vivo baru saja melancarkan telefon pintar flagshipnya vivo X60 dengan kerjasama bersama ZEISS bagi memberikan pengguna pengalaman baru dalam dunia fotografi. Ketahui lebih lanjut mengenai x60 di SINI.
Untuk info tentang vivo Malaysia, layari Facebook atau laman sesawang rasmi vivo https://www.vivo.com/my/.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas