Connect with us

Oh! Media

Siri vivo X60 Yang Dinanti Kini Tiba Dengan Lensa Kamera ZEISS. Gambar Mesti Lagi Cun Lepas Ni!

Branded

Siri vivo X60 Yang Dinanti Kini Tiba Dengan Lensa Kamera ZEISS. Gambar Mesti Lagi Cun Lepas Ni!

Lebih 10 tahun dipasaran jenama telefon pintar vivo akhirnya berjaya menjadi antara 5 vendor telefon pintar terbaik di seluruh dunia.

Dengan persaingan daripada daripada jenama hebat yang lain, vivo berjaya meletakkan satu penanda aras baru dalam dunia telefon pintar melalui inovasi yang penambahbaikan dalam setiap pengeluaran telefon pintar mereka.

Jika tahun lalu vivo melancarkan Siri x50, telefon pintar pertama dengan sistem penstabilan gimbal. 

Tahun ini, ramai menantikan peranti terbaru Siri vivo x60 apabila vivo mengumumkan kerjasama dengan lensa kamera ZEISS yang pastikan memberikan pengalaman baru buat penggemar phone-photography. 

3 perkara menarik tentang Siri vivo x60

1.Penstabilan Gimbal 2.0

Kamera utama X60 Pro dilengkapi dengan bukaan apertur yang lebih besar dan dilengkapi teknologi Gimbal Stabilization 2.0 yang dikemas kini untuk menstabilkan setiap tangkapan gambar.

Gimbal Stabilization 2.0 akan memastikan penstabilan imej merentasi empat paksi. Dengan bukaan sensor kamera utama IMX598 yang disesuaikan hingga f / 1.48, jadi kalau tangkap gambar pemandangan malam atau sukan ekstrim pastinya lebih menarik.

Penstabilan Video VIS 5-Axis dapat mengelakkan gegaran dari semua sudut. Pixel Shift Ultra HD Imaging pula berfungsi untuk memastikan kesempurnaan dan kejelasan dalam setiap piksel, semasa korang merakam gambar.

2.Extreme Night Vision 2.0 

Siri X60 dilengkapi dengan Extreme Night Vision 2.0 yang dipertingkatkan di mana algoritma pengurangan bunyi (noise) AI inovatif vivo boleh digunakan walaupun persekitaran yang sangat gelap. Lepas ni nak tangkap gambar waktu malam bukan lagi satu cabaran.

3.Qualcomm® Snapdragon™ 870

Ini pasti yang paling dinantikan, Siri X60 nampaknya akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 870, yang pastinya jauh lebih baik berbanding pemprosesan 865 sebelum ini.

Snapdragon™ 870 membantu meningkatkan prestasi CPU dan GPU sebanyak 10 peratus dan paling penting ia menyokong dual-mode 5G untuk memastikan korang dapat kekal berhubung dengan dunia luar.

Gaya Potret ZEISS Biotar

Selain ciri fotografi profesionalnya, Siri vivo X60 ini juga dilengkapi dengan ZEISS Biotar Portrait Style dan 120Hz Refresh Rate.

Siri X60 ini juga menampilkan kembali hampir kesemua ciri lensa Biotar, termasuk resolusi berpusat dan bokeh putaran Biotar. 

Menarik tentang ZEISS

Kalau korang nak tau ZEISS ialah pengasas dan peneraju sistem optik, menjadinya antara salah satu jenama tertua di dunia. Malah banyak filem yang memenangi Oscar suatu ketika dulu dirakam menerusi lensa ZEISS ni tau.

Melihat kepada keupayaan lensa ZEISS, vivo menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa dengan ZEISS bagi mengembangkan inovasi pengimejan mudah alih.

Memasuki era teknologi mudah alih, telefon pintar mula menjadi satu keperluan. Setiap momen pasti ingin dirakam dan diabadikan menerusi lensa kamera.

Jadi memiliki telefon pintar dengan kamera yang berkualiti dan beresolusi tinggi pastinya menjadi pilihan. Bila gambar cantik, barulah best nak kongsikan di sosial media.

Kami pasti peminat mobile photography pasti berminat dengan model terbaru vivo ni. Kami pun tak sabar nak tunggu, sebab Siri vivo X60 ni secara rasmi akan berada di pasaran Malaysia pada 22 Mac 2021 ni.

Kalau korang nak tau lebih lanjut jangan lupa untuk follow vivo. Stay tuned guys!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas