Connect with us

Oh! Media

TMJ Jadi Yang Pertama Di Malaysia Dapat Unit PS5 Lengkap

Oh! Tech

TMJ Jadi Yang Pertama Di Malaysia Dapat Unit PS5 Lengkap

Sony PlayStation 5 memang menjadi topik yang hangat pada waktu ni. Lagi-lagi bila semua stok pra tempahan bagi permainan konsol PS5 di Malaysia sudah habis dijual hanya dalam 1 hari.

ADVERTISEMENT

Sony Malaysia yang buat pra tempahan pada 12 November pun hanya memerlukan 1 minit jer untuk habiskan semua stok. Memang ramai yang kecewa dan hanya mampu menantikan batch kedua pada bulan December nanti. Itupun kalau ada stok lah, huhu.

Tapi, apa yang menarik perhatian semua peminat PS5 bila Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah menaikkan tiga Instagram Story yang menunjukkan PS5 sudahpun dalam pelukan TMJ. Wow!

Ramai yang tertanya-tanya macam mana TMJ boleh dapat dulu dan ini menjadikan TMJ antara yang pertama di Malaysia yang dapat unit PS5. Harap-harap TMJ buat review nanti, hehe. Game apa yang TMJ akan main nanti?

Apa-apapun korang kena bersabar dan jangan beli dari pihak ketiga yang jual pada harga tak masuk akal.

Kredit: Instagram hrhcrownprinceofjohor

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas