Connect with us

Oh! Media

Tiada Pengecas Pada Pembelian iPhone, Brazil Saman RM7.8j Kepada Apple

Oh! Tech

Tiada Pengecas Pada Pembelian iPhone, Brazil Saman RM7.8j Kepada Apple

Sejak keluaran terbaru daripada syarikat Apple, ia tidak lagi menawarkan pengecas dengan pembelian Iphone kerana Apple mahu mengurangkan pencemaran elektronik.

ADVERTISEMENT

Tular baru-baru ini, Apple yang tidak menyertakan pengecas pada setiap pembelian Iphone didapati bersalah di mana ia termaktub dalam undang-undang hak pengguna di Sao Paolo, Brazil.

Pihak berkuasa perbandaran Sao Paolo, Brazil telah mengeluarkan denda sebanyak RM7.8 juta kepada Apple. Dalam masa yang sama, Apple juga tidak telus sebagai mana ia tidak selari dengan penggunaan dunia sebenar.

Tambahan, Apple juga gagal menawarkan jaminan dan gantian buat Iphone yang mengalami kerosakan kepada pengguna terutamanya disebabkan air.

Pihak Apple akan merayu kepada pihak atasan supaya denda tidak dikenakan dan mungkin perlu ke mahkamah untuk membicarakan kes berkenaan.

Kredit: 9to5Mac

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas