Oh! Tech
Telefon Pintar Jenama ‘Nothing’ Akan Lancar Tak Lama Lagi?
Bekas pengasas OnePlus iaitu Carl Pei telah mengesahkan rancangannya untuk melancarkan telefon pintar jenama baru iaitu Nothing pada tahun ini yang diasaskan oleh Nothing Technologies.
BACA : iPhone SE 2022 Kini Boleh Di Pra-Tempah, Harga Bermula RM2,099
Menurut laporan Fuzz.my, telefon pintar itu akan menggunakan nama Nothing Phone (1) dan perkara ini dikatakan sendiri Carl Pei.

Telefon pintar jenama ini akan menggunakan sistem operasi Nothing OS yang berasaskan Android. Menariknya, sistem operasi ini dikatakan akan memberikan pengalaman yang lancar dan pantas melalui ekosistem yang terbuka.

Nothing OS dikatakan akan tersedia lebih awal iaitu bermula pada April ini menerusi aplikasi launcher untuk sesiapa yang nak cuba pengalaman OS baru ini nanti.
Walaubagaimanapun, spesifikasi berkenaan telefon pintar yang akan dilancarkan itu tidak didedahkan lagi. Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti.
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM