Connect with us

Oh! Media

Samsung Seperti Biasa Sindir Inovasi Yang Diperkenalkan iPhone 13 Pro

samsung

Oh! Tech

Samsung Seperti Biasa Sindir Inovasi Yang Diperkenalkan iPhone 13 Pro

Setiap tahun, peminat Apple pastinya akan menantikan majlis pelancaran model-model terbaru dari mereka yang akan diadakan pada bulan September. Acara itu sudahpun berlaku pada awal pagi tadi dan Apple memperkenalkan barisan model terbaru mereka seperti iPad Mini, iPad, iWatch Series 7 dan iPhone 13.

ADVERTISEMENT

BACA: iPhone 13 Pro Dan Pro Max Lancar, Harga Sehingga RM7,599 Bagi Storan 1TB

Untuk barisan iPhone, pengguna boleh memilih dari 4 pilihan iaitu, iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Keterujaan peminat Apple bertambah apabila akhirnya iPhone dilengkapi dengan refresh rate 120Hz bagi model Pro. Bagaimanapun, keistimewaan yang dibawakan Apple ini hanya menjadi bahan sindiran kepada pesainganya Samsung.

Walaupun Samsung Mobile US tidak menyebut nama Apple secara terus, ia sudah pasti ditujukan kepada Apple. Memang benar banyak peranti sudah beralih kepada refresh rate yang lebih tinggi dan ini juga dilakukan Samsung pada peranti flagship mereka tahun lalu.

Samsung patut buat OS mereka sendiri dan tinggal Android

Nampaknya tidak semua menyukai apa yang sering dilakukan Samsung tiap kali Apple mengumumkan model terbaru mereka. Setap jenama ada pengguna dan peminat mereka tersendiri dan ia bergantung kepada penggunaan kita samaada ia berguna atau tidak.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas