Connect with us

Oh! Media

Penggunaan Butang Fizikal Akan Dikekalkan Pada iPhone 15 Pro

Oh! Tech

Penggunaan Butang Fizikal Akan Dikekalkan Pada iPhone 15 Pro

Apple iPhone 15 Pro dikatakan akan membuang suis notifikasi dan menggantikan dengan butang yang boleh ditekan. Dalam pada itu, butang aras suara yang direka berasingan akan ditukar kepada satu butang sahaja seperti yang ada pada peranti Android.

ADVERTISEMENT

Model baharu ini, turut menyokong butang multi-fungsi apabila ia ditekan boleh membuka beberapa aplikasi tertentu. Butang ini direka jenis sesentuh dengan kesan haptik seperti Touch ID.

iPhone

Ming-Chi Kuo berkata, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan kekal menggunakan butang biasa seperti yang ada pada iPhone sekarang. Bermula tahun 2024, penggunaan butang baharu ini akan disertakan pada iPhone.

Juga, memaklumkan penukaran rancangan ini adalah untuk memudahkan pembangunan peranti dan proses ujian.

Namun, jika pembatalan pengguanaan butang baharu berlaku ia akan menjejaskan pendapatan Cirrus Logic dan AAC Technologies iaitu pembekal kepada komponen butang baharu.

BACA: iOS 17 Mampu Menyokong Semua Model iPhone Yang Menjalankan iOS16

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas