Connect with us

Oh! Media

iOS 17 Mampu Menyokong Semua Model iPhone Yang Menjalankan iOS16

Oh! Tech

iOS 17 Mampu Menyokong Semua Model iPhone Yang Menjalankan iOS16

iOS

Pada 5 Jun ini akan berlangsung acara WWDC23 iaitu pengumuman mengenai kemaskini sistem operasi iOS 17. Ia acara yang paling dinantikan bagi pengguna-pengguna iPhone. Apple juga akan mengumumkan beberapa peranti yang akan menyokong iOS 17. Tak sabarnya nak tahu!

ADVERTISEMENT

Ini adalah lima model yang telah disenaraikan tidak dapat menyokong sistem operasi iOS 16 iaitu iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone SE 2016, iPhone 7, dan iPhone 7 Plus. 

iOS

Memetik laporan dari MacRumours, kesemua model yang melaksanakan iOS 16 akan menerima kemas kini terbaru iOS 17 termasuklah model iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang menggunakan cip A11 Bionic. 

Terdahulu, ada laporan mengatakan iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus adalah antara model yang tidak dapat menyokong kemas kini terbaru iOS 17. Tetapi, laporan itu dibantah oleh beberapa orang pakar. 

Jadi untuk lebih kepastian mengenai senarai peranti yang menyokong iOS 17, kita perlu menunggu acara WWDC23 yang berlangsung tidak lama lagi. 

Kredit: Fuzz.my

+Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas